Selasa, Januari 11, 2011

Screening telefilem Dendam Maya


Asia Media Content dengan kerjasama rangkaian ASTRO Citra telah mengadakan screening telefilem Dendam Maya pada 10 Jan 2011 yang lalu di Cathay Cineplex Damansara.
Telefilem arahan Bade Haji Azmi ini membariskan pelakon terbaik dan popular seperti Nasha Aziz, Vanidah Imram, Aida Aris, Wan Sharmila dan Azhan Rani.

Sinopsis
Ia mengisahkan 4 wanita iaitu Karmila lakonan Nasha Aziz, Fauziah (Aida Aris), Rita (Wan Sharmila) dan Zarina (Vanidah) yang tinggal disebuah kondominium mewah. Pegawai Keselamatan yang bertugas di situ iaitu Baha sangat mengambil berat akan keselamatan Karmila sehingga mereka berasa kurang selesa dengan tindak tanduk Baha yang sentiasa mengikuti pergerakan Karmila di kondominium tersebut.

Dalam pada itu, Fauziah seorang yang sangat komited dengan kerjayanya sebagai penasihat pelaburan sehingga tiada masa untuk mencari calon suami. Begitu juga dengan Zarina yang merupakan seorang peguam. Rita pula baru sahaja mula bekerja sebagai pramugari sangat suka berchatting di internet. Melihatkan kehidupan Rita yang sentiasa gembira, Zarina dan Fauziah juga mula berminat untuk mencari kenalan di alam maya. Manakala Karmila lebih senang berkawan baik dengan Ammar (lakonan Azhan Rani) yang tinggal di kondominium yang sama. Fauziah juga menunjukkan minat terhadap Ammar kerana sikapnya yang begitu mengambil berat.

Suatu hari berlaku satu kes pembunuhan di kediaman mereka sehingga menyebabkan Fauziah trauma dan sering didatangi mimpi ngeri. Fauziah juga trauma terhadap Baha dan Baha pula menjadi sasaran tuduhan sebagai pembunuh disebabkan sikapnya terhadap Karmila yang dicurigai sebelum ini. Tidak lama selepas itu Fauziah juga mati akibat dibunuh di kondominium yang sama. Mulai saat itu, Karmila, Rita, Zarina dan Ammar bersatu untuk mencari pembunuh sebenar. Mereka juga mengesyaki di antara satu sama lain sehingga berlakunya pertelingkahan sesama mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Siapakah pembunuh yang sebenarnya? Jangan lupa saksikannya di Astro Citra Januari ini.

Pandangan Starzoomers:
Telefilem yang menarik. Beberapa adegan mendebarkan turut diselitkan sehingga ada penonton yg menjerit terkejut dengan babak saspen di dalam telefilem ini. Ia antara buah tangan terbaik Bade setakat ini.

Barisan pelakon, pengarah, crew dan wakil daripada AMC yang turut hadir pada tayangan perdana di  Cathay Cineplex.




Ahdan Salleh sebagai Baha...ada iras2 Maher Zain kan? :)

2 ulasan: