Khamis, Januari 20, 2011

Screening Telefilem 7 Lagu

Sekali lagi, pengarah kreatif Kabir Bhatia tampil dengan hasil yang memukau penonton melalui telefilem 7 Lagu. Telefilem 7 Lagu ini bakal disiarkan di Astro Citra pada 30 Januari 2011 ini jam 10 malam. Sebelum itu, preview telefilem 7 Lagu telah diadakan pada 18 Januari yang lalu di Cathay Cineplex Damansara. Selain pihak media dan pengarah Kabir Bhatia, turut hadir ialah pelakon utama Farid Kamil, Emelda Rosmila dan Tiz Zaqyah. Turut kelihatan Azhan Rani, Kuza, Fimie Don dan Izzu Islam sebagai pelakon pembantu dalam telefilem ini.

Sinopsis
Mengisahkan Farhan (Farid Kamil), seorang komposer muzik telah disabitkan bersalah kerana membunuh bekas kekasihnya Hajar@Tania (Tiz Zaqyah) dan tunangnya Raizal (Zulkifli Arifin). Farhan memerlukan seorang peguam bela untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati. Sabrina (lakonan Emelda Rosmila), seorang peguam jenayah telah diperkenalkan kepada Farhan melalui seorang teman. Sabrina sebelum itu pernah mengendalikan satu kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak membabitkan seorang lelaki bernama Effendi (Sofi Jikan). Sabrina berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Effendi tidak bersalah. Setelah bebas, Effendi menghubungi Sabrina dan menyatakan bahawa beliau merupakan penculik yang sebenar. Mulai saat itu, Sabrina menjadi trauma dan sentiasa dibayangi wajah Effendi. Hal ini juga menyebabkan Sabrina kurang keyakinan untuk mengendalikan kes Farhan.
Farhan telah mencipta 7 lagu semasa berada dalam tahanan dan menyerahkan lagu-lagu tersebut kepada Sabrina. Sabrina semakin mengenali Farhan melalui 7 lagu yang dihasilkan berdasarkan kisah hidup Farhan sedari kecil, di alam remaja serta kisah percintaannya dengan Hajar.

Pandangan Starzoomers
Kebanyakan drama atau filem yang digarap oleh Kabir Bhatia memang tip top. Sinematografi yang memukau, jalan cerita yang sempurna, hampir kami tidak sedar yang ia telah sampai ke penghujung cerita. Durasi satu jam setengah tidak begitu dirasai. Pemilihan pelakon yang popular merupakan satu bonus untuk menarik minat penonton menonton 7 Lagu. Rasa tak sabar menatikan tayangannya di kaca TV nanti, mahu menonton sekali lagi :) Lagu-lagu yang di muatkan dalam telefilen ini juga menarik dan merdu. OST 7 Lagu dialunkan oleh Akim AF7 (5 buah lagu) dan Ain AF8 (2 buah lagu)











Tiada ulasan:

Catat Ulasan