Khamis, Januari 20, 2011

Screening Telefilem 7 Lagu

Sekali lagi, pengarah kreatif Kabir Bhatia tampil dengan hasil yang memukau penonton melalui telefilem 7 Lagu. Telefilem 7 Lagu ini bakal disiarkan di Astro Citra pada 30 Januari 2011 ini jam 10 malam. Sebelum itu, preview telefilem 7 Lagu telah diadakan pada 18 Januari yang lalu di Cathay Cineplex Damansara. Selain pihak media dan pengarah Kabir Bhatia, turut hadir ialah pelakon utama Farid Kamil, Emelda Rosmila dan Tiz Zaqyah. Turut kelihatan Azhan Rani, Kuza, Fimie Don dan Izzu Islam sebagai pelakon pembantu dalam telefilem ini.

Sinopsis
Mengisahkan Farhan (Farid Kamil), seorang komposer muzik telah disabitkan bersalah kerana membunuh bekas kekasihnya Hajar@Tania (Tiz Zaqyah) dan tunangnya Raizal (Zulkifli Arifin). Farhan memerlukan seorang peguam bela untuk membuktikan dirinya tidak bersalah dan terlepas hukuman gantung sampai mati. Sabrina (lakonan Emelda Rosmila), seorang peguam jenayah telah diperkenalkan kepada Farhan melalui seorang teman. Sabrina sebelum itu pernah mengendalikan satu kes penculikan dan pembunuhan kanak-kanak membabitkan seorang lelaki bernama Effendi (Sofi Jikan). Sabrina berjaya meyakinkan mahkamah bahawa Effendi tidak bersalah. Setelah bebas, Effendi menghubungi Sabrina dan menyatakan bahawa beliau merupakan penculik yang sebenar. Mulai saat itu, Sabrina menjadi trauma dan sentiasa dibayangi wajah Effendi. Hal ini juga menyebabkan Sabrina kurang keyakinan untuk mengendalikan kes Farhan.
Farhan telah mencipta 7 lagu semasa berada dalam tahanan dan menyerahkan lagu-lagu tersebut kepada Sabrina. Sabrina semakin mengenali Farhan melalui 7 lagu yang dihasilkan berdasarkan kisah hidup Farhan sedari kecil, di alam remaja serta kisah percintaannya dengan Hajar.

Pandangan Starzoomers
Kebanyakan drama atau filem yang digarap oleh Kabir Bhatia memang tip top. Sinematografi yang memukau, jalan cerita yang sempurna, hampir kami tidak sedar yang ia telah sampai ke penghujung cerita. Durasi satu jam setengah tidak begitu dirasai. Pemilihan pelakon yang popular merupakan satu bonus untuk menarik minat penonton menonton 7 Lagu. Rasa tak sabar menatikan tayangannya di kaca TV nanti, mahu menonton sekali lagi :) Lagu-lagu yang di muatkan dalam telefilen ini juga menarik dan merdu. OST 7 Lagu dialunkan oleh Akim AF7 (5 buah lagu) dan Ain AF8 (2 buah lagu)











Selamat Hari Jadi Akim

Kebetulan ketika majlis screening Telefilem 7 Lagu pada 18 Januari yang lalu, seorang bintang AF7 iaitu Afiq Hakim Ahmad atau Akim juga menyambut ulangtahun kelahirannya pada hari yang sama. Sehubungan dengan itu, satu majlis kejutan telah dirancang pihak Astro sebelum sessi pratonton. Akim hadir ke majlis tersebut kerana beliau merupakan salah seorang penyanyi utama OST Telefilem 7 Lagu selain daripada Ain AF8.
Starzoomers ingin mengucapkan selamat hari jadi yang ke-19 Akim!



Khamis, Januari 13, 2011

Sidang Media Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010

Tanggal 12 Januari 2011 yang lalu, telah diadakan sidang media bagi mengumumkan Top 5 ABPBH 2010 di Hotel Holiday Villa, Subang Jaya. Ramai artis popular telah hadir ke sidang media tersebut, antaranya Fasha Sandha, Anuar Zain, Aizat, Diana Danielle, Shaheizy Sam dan Fizz Fairuz. Sebanyak 16 kategori dipertandingkan. Peminat boleh mendapatkan perkembangan terkini mengenai ABPBH2010 melalui laman web rasmi www.abpbh.com.my dan juga melalui Facebook dan Twitter.






















Senarai penuh Top 5 ABPBH2010:

PENYANYI LELAKI POPULAR
Aizat
Anuar Zain
Black
Faizal Tahir
Shahir


PENYANYI WANITA POPULAR
Adira
Ana Raffali
Alyah
Stacy
Yuna


ARTIS DUO/BERKUMPULAN POPULAR
Ana Raffali/Sohaimi Mior Hassan/Altimet
Azlan & The Typewriter
Bunkface
Meet Uncle Hussain
6ixth Sense


PENYANYI NASYID POPULAR
Hijjaz
Inteam
Mirwana
Rabbani
Raihan


PELAKON TV LELAKI POPULAR
Aaron Aziz
Ady Putra
Fizz Fairuz
Remy Ishak
Shaheizy Sam


PELAKON TV WANITA POPULAR
Fasha Sandha
Lisa Surihani
Noorkhiriah
Scha Alyahya
Tiz Zaqyah


ARTIS BARU LELAKI POPULAR
Daus
Maulana
Shahir
Sharnaaz Ahmad
Shahz Jaszle


ARTIS BARU WANITA POPULAR
Adira
Ana Raffali
Mizz Nina
Nurul Elfira Roy
Nur Syuhaida@Dottie


ARTIS KOMEDI LELAKI POPULAR
Along
Angah
Johan
Nabil
Zizan


ARTIS KOMEDI WANITA POPULAR
Didie Alias
Kenchana Dewi
Noorkhiriah
Raja Azura
Sharifah Shahirah


PELAKON FILEM LELAKI POPULAR
Aaron Aziz
Bront Palarae
Remy Ishak
Shaheizy Sam
Syamsul Yusof


PELAKON FILEM WANITA POPULAR
Diana Danielle
Lisa Surihani
Liyana Jasmay
Maya Karin
Scha Alyahya


PENGACARA TV LELAKI POPULAR
Ally Iskandar
Awal Ashaari
Aznil Nawawi
Jimmy Shanley
Zizan


PENGACARA TV WANITA POPULAR
Cheryl Samad
Fara Fauzana
Nurul Syuhada
Raja Azura
Sharifah Shahirah


PENYAMPAI RADIO LELAKI POPULAR
Aznil Nawawi
Faizal Ismail
Halim Othman
Kieran
Salih Yaakob


PENYAMPAI RADIO WANITA POPULAR
Abby Fana
Fara Fauzana
Linda Onn
Raja Azura
Sharifah Aleya

Selasa, Januari 11, 2011

Screening telefilem Dendam Maya


Asia Media Content dengan kerjasama rangkaian ASTRO Citra telah mengadakan screening telefilem Dendam Maya pada 10 Jan 2011 yang lalu di Cathay Cineplex Damansara.
Telefilem arahan Bade Haji Azmi ini membariskan pelakon terbaik dan popular seperti Nasha Aziz, Vanidah Imram, Aida Aris, Wan Sharmila dan Azhan Rani.

Sinopsis
Ia mengisahkan 4 wanita iaitu Karmila lakonan Nasha Aziz, Fauziah (Aida Aris), Rita (Wan Sharmila) dan Zarina (Vanidah) yang tinggal disebuah kondominium mewah. Pegawai Keselamatan yang bertugas di situ iaitu Baha sangat mengambil berat akan keselamatan Karmila sehingga mereka berasa kurang selesa dengan tindak tanduk Baha yang sentiasa mengikuti pergerakan Karmila di kondominium tersebut.

Dalam pada itu, Fauziah seorang yang sangat komited dengan kerjayanya sebagai penasihat pelaburan sehingga tiada masa untuk mencari calon suami. Begitu juga dengan Zarina yang merupakan seorang peguam. Rita pula baru sahaja mula bekerja sebagai pramugari sangat suka berchatting di internet. Melihatkan kehidupan Rita yang sentiasa gembira, Zarina dan Fauziah juga mula berminat untuk mencari kenalan di alam maya. Manakala Karmila lebih senang berkawan baik dengan Ammar (lakonan Azhan Rani) yang tinggal di kondominium yang sama. Fauziah juga menunjukkan minat terhadap Ammar kerana sikapnya yang begitu mengambil berat.

Suatu hari berlaku satu kes pembunuhan di kediaman mereka sehingga menyebabkan Fauziah trauma dan sering didatangi mimpi ngeri. Fauziah juga trauma terhadap Baha dan Baha pula menjadi sasaran tuduhan sebagai pembunuh disebabkan sikapnya terhadap Karmila yang dicurigai sebelum ini. Tidak lama selepas itu Fauziah juga mati akibat dibunuh di kondominium yang sama. Mulai saat itu, Karmila, Rita, Zarina dan Ammar bersatu untuk mencari pembunuh sebenar. Mereka juga mengesyaki di antara satu sama lain sehingga berlakunya pertelingkahan sesama mereka. Apakah yang akan terjadi seterusnya? Siapakah pembunuh yang sebenarnya? Jangan lupa saksikannya di Astro Citra Januari ini.

Pandangan Starzoomers:
Telefilem yang menarik. Beberapa adegan mendebarkan turut diselitkan sehingga ada penonton yg menjerit terkejut dengan babak saspen di dalam telefilem ini. Ia antara buah tangan terbaik Bade setakat ini.

Barisan pelakon, pengarah, crew dan wakil daripada AMC yang turut hadir pada tayangan perdana di  Cathay Cineplex.




Ahdan Salleh sebagai Baha...ada iras2 Maher Zain kan? :)